Monday, August 17, 2009

Daily Report - 17 Aug 2009

Assalammualaikum.

Penantian hari untuk trading hari ini membuahkan hasil. Alhamdulillah. Indicator yang digunakan menunjukkan hala tuju yang betul, dengan keadaan market yang konsisten. Hari ini, saya trading market GBPJPY, GBPUSD, dan EURJPY.

Start trading pada sekitar pukul 9-10 pagi, saya enter post sell untuk ketiga-tiga pair.





*Hanya 2 screenshot ditunjuk.


Tempoh trade sampai pukul 5 ptg. Namun take profit level telah di setkan. Alhamdulillah, hasilnya adalah seperti berikut.



92 pips, 31 pips, 45 pips, 22 pips, -15 pips, 47 pips = 225 pips.


Sekian.

Sunday, August 16, 2009

What a boring weekend....

Kenapa la forex tak dibuka 24/7?? Hahaha..alangkah seronoknya trading time weekend duduk rumah. Tetapi ada bagusnya hujung minggu market close. Ada jugak masa untuk berehat, tenangkan mata daripada duk renung komputer je.

Namun begitu, pembelajaran tentang dunia forex tidak akan tamat. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari, diketahui, dan juga dipertajamkan skill. Hujung minggu ini, topik-topik yang dipelajari adalah:

1. Elliot Wave
2. Japanese Candlestick
3. Fibonacci
4. Trendline

Keempat-empat topik ini memang membuatkan kepala ini pening. Yang paling pening Elliot wave. Untuk mendapatkan plot wave memamg susah. Setiap orang akan memplotkan nombor di tempat yang berbeza-beza. Training demi training perlu dilakukan.

Untuk identify Japanese Candlestick pun boleh tahan seksa jugak. How to identify wether the candle is engulfing?Hammer?Hangman?...memang perlukan banyak explore. Papepun, perkara-perkara ini perlu diambil kira kerana ini adalah asas utama dalam graf forex.

So, kawan-kawan, goodluck for tomorrow to start trading. Happy trading!!

Salam.

PrintScreen of my Insta MT4

Just nak share...ini adalah snapshot dari pada MSI Wind U100 kesayanganku. Saya menggunakan platfrom MT4 daripada InstaForex. Pair currency kegemaranku adalah GBP/USD, GBP/JPY, dan EUR/JPY.

Kenapa saya suka pair ini???Pada pandangan mata saya, pair-pair ini mempunyai rentak naik dan turun yang hampir-hampir sama. Jadi saya dapat tumpukan ketiga-tiga pair ini pada masa yang sama.


List indicator yang digunakan:

1. X-Wave (Elliot Wave Zig-Zag)
2. Heiken Ashi Real
3. Japan Candlestick
4. Magnified Market Price
5. Stochastic Cross Alert
6. Elliot Wace Oscillator
7. MACD histogram with divergence line
8. MACD histogram
9. Trendline
10. Fib. Retracement
11. Fib. Expansion

Terdapat lagi beberapa indicator yang saya gunakan, namun semua saya gunakan pada platform IBFX (demo account) sebagai confirmation signal untuk BUY atau SELL.


Namun begitu, setiap berita forex yang ada hendaklah diambil kira kerana news juga memainkan peranan penting/memberi impak kepada pergerakan matawang. Untuk melihat news, saya menggunakan laman web Forex Factory

Dunia Forex

Assalammualaikum dan salam gembira untuk semua rakan-rakan yang melayari blog ini.

Terdetiknya penghasilan blog ini adalah untuk saya berkongsi ilmu, pengalaman dan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia forex ini bersama anda semua. Segala apa yang saya lalui atau pelajari akan saya himpunkan di dalam blog ini.

Sedikit maklumat mengenai diri, saya masih baru dalam dunia forex. Mula berkecimpung pada hujung 2007, real-trade pada hujung 2008. Masih banyak yang perlu saya pelajari, segala ilmu kita kongsi dan rasa bersama, InsyaAllah.

Diharap rakan-rakan mendapat serba-sedikit manfaat yang berguna daripada blog ini.


Sekian,

IzwanFX